Melaka Wonderland

SAMSUNG

 Assalamua’laikum semua,

Sempena cuti hari Krimas 25 Oktober 2012 yang lalu, saya telah membawa keluarga berkunjung ke Melaka untuk beristirehat dan berhibur. Destinasi yang dituju adalah Theme Park & Resort Melaka Wonderland (Taman Tema Air Melaka).

SAMSUNG

Sememanglah satu destinasi berhibur bersama keluarga yang menyeronokkan. Sebelum masuk ke tempat mainan Taman Tema Air Melaka, pengunjung dihiburkan dengan penghibur taman tema yang berpakaian patung-patung kegemaran kanak-kanak, yang menyanyi dan menari mengikut rentak lagu Chicken Dance. Pengunjung-pengunjung juga terikut-ikut untuk menari dan menyanyi sama.

SAMSUNG

 Anak-anak sudah tidak sabar untuk masuk dan mandi di Melaka Wonderland ini. Setelah membeli tiket dan masuk, kami pun bergerak ke bilik persalinan untuk menukar kepada pakaian mandi. Tempat yang paling menarik adalah di Big Wave iaitu kolam yang mempunyai ombak macam air laut. Terasa macam mandi di laut yang mempunyai air yang berombak-ombak. Tetapi air di sini tawarlah bukannya seperti air laut yang masin.

25122011(005)

Terdapat pelbagai bentuk mainan air yang boleh diterokai  dan dirasai kehebatannya di Melaka Wonderland ini seperti Boat Ride, Rexy Ride, Pony Ride, Crazy Slide, Wave Rider, Kamikaze Racer, Anaconda Twister dan beberapa lagi. Ada di antaranya boleh menyebabkan kita rasa seriau yang kita fikir boleh membahayakan. Tapi sebab keinginan untuk mencuba, maka kekhuatiran yang difikirkan terus dilupakan. Bagi membolehkan kita bermain pelbagai permainan, kita seharusnya menyewa pelampung yang boleh dinaiki oleh 2 orang. Kerana untuk meluncur pada gelongsor-gelongsor hanya dengan pelampung sahaja yang dibenarkan. Kita haruslah menjaga pelampung kita dengan baik agar tidak hilang kerana pelampung akan dikembalikan untuk mendapatkan semula wang deposit.

25122011(016)

Bila dah merasa sekali meluncur pada gelongsor, hendak pula mencuba kedua kalinya…hahahaha. Keseronokan dan kegembiraan yang dialami membuatkan kita lupa pada segala masalah. Apa yang penting kita seisi keluarga merasa amat seronok dan puas sekali.

25122011(020)

 Selepas mencuba satu permainan, kita berkeinginan untuk mencuba permainan yang lain pula…begitulah seterusnya. Yang penatnya di mana gelongsor yang tinggi, maka tinggilah pula kita terpaksa menaiki tangga dengan memikul pelampung.

25122011(027)

Ada sesetengahnya pula, kita berkeinginan untuk mencuba sampai lebih dari 3 kali…hihihi. Keseronokkan yang mengalahi kanak-kanak…macam ayah dan ibu pula yang terlebih seronok dari anak-anak.

25122011(035)

Walaupun kita merasa seronok tetapi sebagai ayah, sentiasa mengingatkan dan menasihatkan anak-anak agar berhati-hati. Kebanyakan tempat dibasahi oleh air, jadi pastilah licin dan mudah tergelincir. Jangan fikirkan keseronokan saja sampai keselamatan diabaikan. Jangan terlalu gembira hingga lupa diri.

25122011(039)

 

Pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa sebarang makanan dan minuman dari luar kerana terdapatnya cafe yang menjualnya di dalam.

Setelah puas bermain air kami pun berhenti untuk mandi di bilik persalinan dan pulang. Keseronokan yang tidak mudah untuk dilupakan. Inshaallah, sekiranya diizinkan Allah kami berharap dapat berkunjung lagi ke Melaka Wonderland.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s